Thursday, 3 November 2016

~REZEKI ALLAH ITU LUAS~

                                     



syukur alhamdulillah.. kita masih dikurniakan rezeki untuk hidup, bernafas..
nak share sedikit tips untuk murah rezeki..segalanya murah insyallah dengan lakukan solat dhuha (waktu terakhir dhuha 15min sebelum zuhur). bismilahhirahmanirahim..


1) SOLAT AWAL WAKTU 
Insyallah dengan solat di awal waktu kita dapat mendisplinkan diri juga dapat menjimatkan masa dengan boleh lakukan kerja seterusnya.

2) JANGAN BUAT MAK & AYAH MARAH 
                                Kita hidup mendengar kata ibu dan ayah kita... Insyallah hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

3) RAJIN TOLONG ORANG
Amalan tolong menolong adalah baik...jika kita susah kelak pasti ada yang menolong kita di kemudian hari

4) RAJIN BERSEDEKAH
Ini salah satu amalan yang familiar... bila kita rajin bersedekah.. Insyaallah allah akan beri kita lebih lagi rezeki dari yang kita sedekahkan tu

5) RAJIN BUANG SAMPAH/HALANGAN DI JLN RAYA
Siapa lah suka hidup dalam sampah kan? Even kat rumah pun kita kena buang sampah setiap hari. Bab tengah jalan tu memang patut.. Contohnya, halangan pokok tumbang ke.. kita ketepikan untuk orang lain lalu dapat pahala kita.. Insyaallah

6)BACA SURAH AL-WAQIAH
Surah ni ada dalam Al Quran muka surat 534.. Amalkan membaca nya selalu.. Murah rezeki kita.. Insyaallah

7) SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SWT(1000X SEHARI)
Sebagai umat Nabi Muhammad.. haruslah kita berselawat ke atasnya setiap hari.

8) SUKA MENYAMPAIKAN ILMU WALAUPUN SEDIKIT
Ilmu ni sangat luas.. Jika kita ada sedikit kelebihan dan pengetahuan jangan lah kita bongka.. Apa salahnya kita share supaya org itu tahu dan boleh amalkan, contohnya beri tazkirah

9)TIDAK MENGUNGKIT PEMBERIAN
Haa manusia ni memang suka ungkit bila dah marah tu..Tak baik tau.. Kita diam kan aje.. Kalau marah diam.. sebab apa? sebab mulut ni tajam bila dah marah

10) NIAT CARI REZEKI KERANA ALLAH
Niat untuk semua perkara itu sangat penting dan yang paling penting sekali adalah kerana ALLAH SWT kerana Allah swt yang beri nikmat dan rezeki untuk kita.. supaya kita dapat mentauhidkanNya dan meninggalkan segala larangannya

11) RAJIN BERPUASA SUNAT
Sedia umum... Puasa sunat ni Isnin dan Khamis... Tapi banyak lagi tarikh yang di sunatkan berpuasa... antara nya puasa hari ARAFAH.. hari Asyura.

12)ISTIGHFAR 100X SEHARI
Astagafirulallahalzim... Istighfar itu dapat melembutkan hati dan menenangkan jiwa... serta dapat memberi keinsafan.



Insyallah kita semua di redhai dan dimurahkan rezeki..


FACEBOOK : AL DINNUL FIRDAUSI

WHATSAPP : 011-26353488

No comments:

Post a Comment